Saturday, August 28, 2010

Toothache!

dear readers,

toothache attack again. argh! lubang di gigi sudah semakin besar. pada hal lubang ni sudah lama. malas nak pergi ke dentist. sekarang dah sakit baru kelam kabut nak pergi. dari dulu taknak pergi. selalu menangguh. haih.. sekarang bulan puasa takkan nak pergi dentist kan. kang kumur kumur, tak keluar balik air tu pulak. tapi sakitnya sudah menjadi jadi ni. argh!

one of the things i hate most is going to the dentist! well, dentist is people, not things right. anywho, hate the machine that drills your teeth. argh! the pain. thinking to go after raya but the pain is worsen. for sure raya time i HAVE to eat lots and lots of food. so, kalau dah sakit macam ini, bagaimana mahu menikmati segala juadah. argh!

** kinda feeling lonely pulak..haihh.. hati sepi yang kosong!

Saturday, August 21, 2010

Kekurangan photo

Hey disana,

Aku baru perasan. Blog aku kekurangan gambar. Maklum la, sejak ketiadaan camera tersayang aku, aku dah jarang mengambil gambar. Hp plak tiada camera. Profile picture kat facebook pun pusing pusing gambar yang sama sahaja. Bila-bila, aku cuba mengupload gambar-gambar baru untuk menceriakan blog aku ya...kalau rajin la :p

Friday, August 13, 2010

Truth has been reveal!

selama ini aku dipermainkan rupanya,
alasan dulu hanya untuk permainkan aku rupanya,
aku di perbodoh-bodohkan,
kau disana gembira sakan,
dulu janji buat selama lamanya,
sekarang, kau dan anjingnya!

bangsat!
keji yang kau lakukan sungguh dasyat!
pandai sungguh kau berpura-pura,
pelakon berkelas dunia,
hina, perasaan ku kau hina,
sekarang, baru aku tahu segalanya!

bodoh!
kau juga bodoh zool!
sangat teramat BODOH!


**cuaca sewaktu aku menulis post ini, kilat sambar menyambar, guruh berdentum keras, hujan lebat membasahi bumi, seperti memahami perasaan aku sekarang

Tuesday, August 10, 2010

Happy Fasting Happy Ramadhan Al-Mubarak


Pejam celik pejam celik. Ramadhan dah kembali. Cepat betul masa berlalu bukan? Seingat aku, baru bulan lepas nak plan buat aktiviti macam2 pada bulan ni. Tetiba teringat bulan ni dah start Ramadhan. Huhuhu...

Tetiba teringat balik kenangan2 sewaktu berpuasa pada Ramadhan yang lepas2. Harap Ramadhan kali ini semanis Ramadhan tahun lalu.

Anywho, wanna wish to all the Muslims all around the world a Happy fasting and Happy Ramadhan Al-Mubarak!

Kasihankan Diri Sendiri

rintihan hati di pukul ombak laut,
terpekik melolong tiada siapa yang sahut,
kenapa seperti ini ku dilayan?
kenapa perasaan ini diabaikan?
kasihan.

ku cuba bunuh matikan perasaan,
hilangkan padamkan segala kenangan,
tapi lemah diri ini,
sunyi sepi di dunia ku sendiri.

kau tunjukkan aku cahaya,
kau juga yang musnahkannya,
tertawa kecil disana,
aku yang bodoh tak berguna.

ya Allah, berikan ku kekuatan,
luruskan pemikiran,
tenangkan hati dan perasaan,
aku dan juga dia,
tiada lagi yang perlu ditangisi,
tiada lagi yang perlu disakiti,
aku cuma, kasihankan diri sendiri!



** tiba-tiba idea dtg plak..huhuhu.. enjoy! :)

Wednesday, August 4, 2010

Event of the Year?

hey there fellas.. Pesta Konvo berlangsung lagi seperti tahun-tahun sebelum ini. bagi aku, pesta konvo setiap tahun hampir sama sahaja. tiada yang beza sangat. dari aku kecil sehinggalah tua bangka sekarang ini. yang membuatkan bezanya mungkin orang-orang yang naik ke pentas untuk menerima ijazahnya.

tapi pesta konvo tahun lepas telah terjadinya suatu kisah yang membuat aku takut atau lebih tepat lagi, trauma untuk ke pesta konvo tahun ini. aku sehingga sekarang kurang pasti sama ada kisah yang berlaku itu merupakan kenangan yang indah atau pahit. kadang kala ia sangat manis apabila dikenangkan, kadang kala perit hati ini apabila teringat kembali saat bertemu, berkenal, bergelak tawa dan bersama dia. disinilah bermulanya aku dengan dia pada tahun lepas. oh, sungguh bahagia waktu itu. tetapi hubungan kami berakhir beberapa bulan selepas itu yang aku sendiri tidak jelas apa yang terjadi kepadanya.

walaubagaimanapun, sudah kisah aku sendiri. minggu ini minggu mereka untuk meraikan perjuangan dan pengorbanan mereka selama bertahun-tahun mereka di menara gading ini. aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakan-rakan ku dan juga semua orang yang berjubah ungu, menaiki pentas untuk menerima segulung ijazah yang kalian impikan selama ini. aku? mungkin tahun depan. InsyaAllah :)

sekian

** malas nak cerita banyak² sgt al-kisah dahulu. pedih weh :p

Sunday, August 1, 2010

30 Seconds To Mars - Closer To The Edge




**everyone going crazy these days. is like the end of the world