Wednesday, August 4, 2010

Event of the Year?

hey there fellas.. Pesta Konvo berlangsung lagi seperti tahun-tahun sebelum ini. bagi aku, pesta konvo setiap tahun hampir sama sahaja. tiada yang beza sangat. dari aku kecil sehinggalah tua bangka sekarang ini. yang membuatkan bezanya mungkin orang-orang yang naik ke pentas untuk menerima ijazahnya.

tapi pesta konvo tahun lepas telah terjadinya suatu kisah yang membuat aku takut atau lebih tepat lagi, trauma untuk ke pesta konvo tahun ini. aku sehingga sekarang kurang pasti sama ada kisah yang berlaku itu merupakan kenangan yang indah atau pahit. kadang kala ia sangat manis apabila dikenangkan, kadang kala perit hati ini apabila teringat kembali saat bertemu, berkenal, bergelak tawa dan bersama dia. disinilah bermulanya aku dengan dia pada tahun lepas. oh, sungguh bahagia waktu itu. tetapi hubungan kami berakhir beberapa bulan selepas itu yang aku sendiri tidak jelas apa yang terjadi kepadanya.

walaubagaimanapun, sudah kisah aku sendiri. minggu ini minggu mereka untuk meraikan perjuangan dan pengorbanan mereka selama bertahun-tahun mereka di menara gading ini. aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakan-rakan ku dan juga semua orang yang berjubah ungu, menaiki pentas untuk menerima segulung ijazah yang kalian impikan selama ini. aku? mungkin tahun depan. InsyaAllah :)

sekian

** malas nak cerita banyak² sgt al-kisah dahulu. pedih weh :p

2 comments:

qis sahara said...

tak pew..al kisah dahulu mematangkan hidup ...~

ZooL.Ahmad said...

huhu....thx :)