There was an error in this gadget

Sunday, November 21, 2010

Penang Bridge Run

dear readers,

balik kerja tadi aku kena hantar barang kat starbux queensbay. byk jalan kena tutup sebab arini Penang Bridge Run. akhirnya paling dekat aku boleh mendekati queensbay ada lah roundabout dekat gold coast resort. kira kira 10-15 minit jalan la kot dari starbux. jadi sambil aku tunggu partner n manager dtg ambil barang2 tu (sekitar hampir pukul 2 pagi), aku tgk punya meriah la org dah start dtg untuk marathon tu. teringat zaman muda2 dulu penah aku lari marathon ni.

aku tak ingat form berapa dulu aku penah join marathon ni.. tapi menarik jugak la dulu.. dulu start kat recsam n habis kat padang minden usm. skg start kat queensbay habis pon kat queensbay rasanya. punya semangat masa mula2 lari.. jogging awal2 dulu. nak kejar org depan then baru pecut.. sekali time selekoh nak masuk jambatan, punya ramai gila orang kat depan, macam semut. terus putus asa. terus stop jog n jalan je. hohoho... menikmati keindahan pagi buta di jambatan pulau pinang.. hahaha...

kenangan yang tak boleh di abaikan, beratur punye panjang kat tandas bergerak tak tahan nak berak. n saat2 berlari pecut 10 meter sebelum garisan penamat dan mengakhirinya dgn penuh bergaya.. :)

on the way balik ke usm, ada segolongan mat rempit bersemangat merempit pulak. bukan kat penang brigde je duk marathon, dorg ni pon bermarathon :)

anyway, good luck kepada semua peserta Penang Bridge Marathon dan juga mat rempit tersebut. setelah makan sebungkus nasi lemak subaidah, waktu untuk tidur. dengan ini, saya mengucapkan selamat mazzzzzZZzzZZZzz..........


p/s: zzzZZZzZzzZZZzzzzZZz...........

No comments: