There was an error in this gadget

Wednesday, December 23, 2009

hari aku hari mereka

6 hari 5 malam aku bersama mereka, bercuti.. byk berjalan gelak tawa melompat gembira.. sungguh lama tidak bercuti bergembira seperti ini.. hilang segala duka buat seketika.. tapi sambil bergembira kenapa masih aku ingat akan dia.. kenangan yg tidak bisa aku lupa.. setiap perbuatan, penglihatan, pendengaran aku mengingatkan akan dia..sedih ketika bergembira..

mujur kawan kawan gila aku ada.. sungguh gila dan sewel mereka.. membuatku ketawa sehingga kejang perut aku dibuatnya.. pabila aku ingat kembali kenangan yg masih segar di kepala hotak aku ini, aku ketawa ketawa kecil bersendirian.. pabila berkumpul kawan kawan gila ku ini, bercerita dan ketawa besar kami semua.. ya tuhan, kekalkan hari hari aku begini..amin!

tapi waktu cemburukan aku.. minggu depan mulalah perjuangan aku kembali di menara gading.. tempat dimana masa depan aku ditentukan (kata mereka). tempat dimana untuk aku berjuang untuk membuat orang tua ku senyum bangga. 3 semester sudah berlalu, senyum mereka masih tidak kelihatan. aku alpa.. mudah alpa.. "berubahlah" perkataan yg sering diluahkan oleh orang tuaku.. ZOOL, BERUBAHLAH!!

entah bila lagi boleh bercuti seperti yg lepas ini.. katanya july akan datang akan ke bandung pula.. harap semua berjalan lancar, duit pon lancar :p tapi skg perlu konsentrasi dan ketenangan fikiran.. aku berharap kebahagian semester lalu akan kembali di semester depan ini..

1 comment:

The Muppets Boy said...

helo..how are u ? nak tahu info best? jom singgah blog sye ni di http://metroskandal.blogspot.com ,ok bye