There was an error in this gadget

Wednesday, January 20, 2010

cerita di wad hospital..

baru2 ini aku menziarah ayah di hospital..
bertolak dari rumah sesudah maghrib..
waktu melawat sudah habis..
hanya dibenarkan seorang saja naik ke wad untuk menjenguk pesakit..

ibu menyuruh aku naik dulu..
ini pertama kali naik ke wad kelas tiga..
yup, ayah berada di wad kelas tiga..
tidak tau apa masalah pengurusan hospital yg sepatutnya ayah di tempatkan di wad kelas pertama..
tapi ayah tidak kisah dan tenang menerima..

pabila pertama kali aku masuk wad itu, aku harus melalui beberapa katil dan pesakit..
wad yg aku masuk itu adalah wad jantung dan buah pinggang (kalau tak salah aku)..
wad perempuan dan lelaki hnya bersebelahan dan dekat..
jadi aku sememangnya boleh lihat pesakit2 lain..

fuh..pabila aku melihat pesakit yg ramai itu, ntah mengapa, seram dan takut menyelubungi diri..
melihat pesakit ada yang tenat, ada yg bersama keluarga, ada yg terlantar penat dan tido..
bermain2 di fikiran seperti baru lepas perang..
aku seperti melihat mangsa2 perang..
lucu bukan tapi itulah yg sedang bermain difikiran ku ketika itu..

mohon doa!
amin!

No comments: