Wednesday, January 20, 2010

mohon doa!

ayah telah dimasukkan ke hospital dua hari lepas..
pagi semalam baru dibedah mangambil sampel tisu di buah pinggang..
katanya utk diperiksa apa punca masalah ada darah di air kencing..
sudah lama ayah mengalami itu..
sudah berubat tapi masih lagi..
mulanya diberitahu ada gelembong di buah pinggang tapi sudah sembuh..
tapi darah masih di air kencingnya
dikata mungkin buat pinggang rosak tapi tiada pula simpton yg menunjukkan kerosakan buah pinggang seperti darah tinggi, kencing manis etc..
ayah sehat dari segala penyakit itu, insyaAllah..
selepas dibedah, ayah tidak dibenarkan bergerak selama tujuh jam..
mujur ibu bersama menyuap makanan belaian kasih seorang isteri..
tapi alhamdulillah, semlm melawat ayah, ayah sudah boleh bergerak dan kelihatan kuat dan sihat..
mungkin ayah sudah boleh pulang ke rumah berehat hari ini atau besok..
sekarang ini tidak tau bila doktor boleh memberi hasil atau keputusan dari sampel tisu itu..
mohon doa dari semua semoga semuanya selamat, ayah sehat2 selalu dan dipanjangkan umur..
amin!

No comments: