Saturday, March 13, 2010

Bunuh atau dibunuh??

Apa sudah terjadi dengan dunia ini? Zaman skg, manusia sudah mahu berlagak seperti tuhankah? Makin masa berlalu makin mereka hilang fikirankah? Sudah tiada pegangan agamakah?

Begitu senang sekali mereka membunuh sesuka hati tidak kira muda atau yang tua, yang kecil mahupun yang besar. Mereka ini siapa untuk menamatkan nyawa manusia2 itu?

Dipijaknya, ditetaknya, dipukulnya, dirogolnya, dihentamnya, dibalingnya, ditumbuknya, ditendangnya, dan akhir sekali, dibunuhnya.

Aku sedih berlinang air mata melihat di berita, di suratkhabar, setiap hari pasti ada yang dibunuh. Kalau bukan akibat perang atau bom, akibat orang2 gila hilang siumannya. Mereka yang dibunuhnya pula golongan yang tidak terdaya. Paling sedih, kanak2 yang baru melihat dunia, baru mengenal ABC, baru mengenal apa erti kehidupan..

Haruskah segala persengketaan, perbalahan di akhiri dengan pembunuhan? Kadang-kadang, takut aku nak keluar rumah dengan keadaan dunia yang begini! haizz..

*sedih

No comments: