Tuesday, March 23, 2010

Tahukah anda.....

Semalam iaitu 22mac2010 merupakan hari bersejarah buat aku.. Sebab apa? Sebab semalam merupakan hari Isnin pertama yang aku menghadiri semua kelas plus training tennis disebelah petang.. Muahahaha.... kelas aku yang bermula seawal 8-10 pg, kemudian 12-1 tghari dan yang terakhir 2-4 ptg. manakala latihan tenis pula 5-7.30 ptg. Fuh~~~ first time weh... Kalau tak, mesti ada lubang sana sini.. Keje nak ponteng je.. Kadang tu cuti sendiri. *shuhhhh jgn kecoh²*

Apabila bercakap mengenai sejarah, (selain dari sejarah yang aku buat *bangga diri* ) tahukah anda dimana hari ini juga hari bersejarah buat seseorang yang terkenal di tanah air dari tahun 60an sehingga kini dan mungkin sampai bila²..

Ceritanya bermula selepas latihan tenis aku.. Selepas latihan aku bersama rakan² lepak minum di salah sebuah kedai mamak yang berdekatan. Sedang aku membincangkan beberapa projek akan datang (mcm buat business plak). aku terlihat berita utama yang disiarkan. Bertita tersebut mengenai Allahyarham P.Ramlee. berita itu menceritakan sejarah beliau sama ada sebagai seniman ataupon sebagai seorang manusia biasa.. Aku tak menumpukan sgt kat berita tu.. Sebab sibuk bincangkan projekkan *hidung tinggi*. Tapi aku pelik kenapa tiba² berita utama menyiarkan cerita P.Ramlee.

Masa pon berlalu, aku balik rumah, bersihkan diri pastu beberapa jam lepas tu aku keluar lagi lepak di mamak yang berlainan. Selalunya kat kedai mamak mesti dorang pasang wrestling la, bola la, mostly sukan la kan.. Kadang tu ada yang tunjuk berita or muvie mat saleh apa² la. Tapi yang aku terkejutnya, semalam kat kedai mamak tu pasang cerita P. Ramlee. Buat pertama kalinya dalam sejarah aku lepak kedai mamak, mamak tu pasang cerita P.Ramlee. Cerita Hang Tuah plak tu. Taktau la sengaja atau tidak disengajakan. Tapi selalunya kalau cerita tu bosan, pasti ada orang suh tukar ke channel sukan. tapi tiada seorang pon yg mintak tukar sehingga la cerita itu habis.

Aku pon terus memelikkan diri aku.. Kenapa hari ini byk P.Ramlee kat tv sampai mamak tu pon pasang cerita P.Ramlee kat TV2. aku pon balik dan check kat internet.. Rupa-rupanya, semalam iaitu 22mac 2010 merupakan tarikh lahir Allahyarham Tan Sri Dr. P.Ramlee. Terasa malu+terharu+seronok bila aku dapat tau. Cmner la aku taktau nie. (Tapi tak terkejut pon sebab aku susah nak ingat besday orang termasuk diri aku sendiri. )

Mungkin bagi sesetengah orang benda ini biasa sahaja. Tapi bg aku, this is huge mannnn.... P.Ramlee adalah idola aku.. Sehingga sekarang, tiada seorang pon kat Malaysia boleh ganti beliau. So, itu je aku nak btau.. :)

Untuk mengetahui biodata, gambar², senarai filem dan lagu P.Ramlee, sila klik disini

Sekian.

* gila panjang aku menulis. huhuh..

4 comments:

Red Chopsticks said...

Dude.. now i know how ur size increase.. Kerna mamak-mamak sekalian la nih~~ ^_^

ZooL.Ahmad said...

hhahaha..dammit..kantoi plak...
skg ni dah kritikal dah..
naik 1kg lagi ni...
argh..!!!
takpa2, skg dah start training balik..
finger cross :p

Red Chopsticks said...

hahaha nnt hg jadi sama besar ngan mat adi.. so be careful~ hehehe

ZooL.Ahmad said...

uishhh....takdak la smp tahap cmtu....
aku akan coba sedaya upaya untuk bertahan :)