There was an error in this gadget

Friday, November 27, 2009

Kekasih Gelap!

Kau yang hadir ketika ku duka,
Ketika hatiku gundah,
Ketika ku tidak punya siapa.

Wah, cahaya kau sungguh indah,
Bersama bintang² sekelilingmu,
Sentiasa membuat hatiku ceria,
Dan tenang setenangnya,
Aku puja kau oh kekasih.

Kau yang hadir ketika terbenamnya matahari,
Ketika suasana menjadi kelam,
Dimana kau tempat ku luahkan segalanya,
Lepaskan semuanya,
Kau dan aku tidak pernah punya rahsia.

Akan tapi kau kadang menghilang,
Sewaktu langit tidak mengizinkan cahayamu menerangiku,
Janganlah kau pergi wahai sang bulan,
Setialah sentiasa,
Pada manusia hina ini…!!!

No comments: